27 November 2012

K.A.M.I

dengan siti aisyah...comel x????
dua-dua poyos...S.S
aku dengan fazrul pantang tengok camera...nak posing selalu...
weekkk
macam anak dengan bapak.
hahaha..
gadis melayu terakhir 
kak banu,syira,ita,nick,ayu,yana,zira,dibah dan aisyah.
jejaka tampan...hahahahaha
alif,aslam,zam,jaya,fazrul,azrul,roshilmi,shan
yang duduk tu aku......hahaha
kami satu keluarga...




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

26 November 2012

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai dia dalam diam,
Dari kejauhan dengan kesederhanaan & keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah!

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurgaNya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way^^

sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu.
Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan.
Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya.
Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba, biarlah ia menjadi rahsia antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

cukup sekadar mendoakan yang terbaik buat insan yang disayangi,
jika jodoh sudah tercatat di luh mahfuz, takkan lari gunung dikejar dan belajar menjadi yang terbaik buatnya
jika tidak, doakanlah agar dia dikurniakan insan yang selayaknya buat dirinya, yang lebih baik daripada kita.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

22 November 2012

lukisan dari si dia..

lukisan ni si dye yang buat...cantik kan????
biasa la tangan seni.....hihihi
tapi 
siapakah gerangan gambar cortoon girl tu....huhuhu
adakah si gadis yang melukis ini??




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rindu Berlabuh Lagi ...

Rindu ..
rindu pada sebuah senyuman
walau senyum itu bukan untukku ...
pada suara
yang sememangnya cuma sekali itu kedengaran,
rancak dalam perbualan
Rindu ..
walau aku sahaja yang merasakan
bagai kapal yang berlabuh di pelabuhan
tanpa mahu belayar lagi
rinduku berlabuh sarat, terbenam di dalam hati


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

kawan perjuangan







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

20 November 2012


Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yang sudah serik untuk menjalinkn hubungan serius dengan kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn.Adakah anda ingin memegang title ‘single n available’ hingga bila-bila? Dan apakah yang harus anda lakukan untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih teman hidup dari kaum Adam? Tips-tips berikut diharap dapat membantu anda serba sedikit dalam memilih lelaki yang benar-benar ikhlas dan menyayangi diri anda. :)Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk anda.

Berikut adalah tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan jujur dan ikhlas:

  • Si dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya   dengan rela dan bukan    kerana terpaksa. 
  • Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  • Si dia banyak menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana   perasaan cemburunya yang meluap-luap. (maksud: mengambil berat setiap apa yang dilakukn oleh kekasihnya)
  • Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  • Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
  • Si dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  • Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  • Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  • Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  • Si dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  • Si dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  • Si dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  • Apabila timbul orang ketiga, si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • Si dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  • Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  • Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi anda?)

  • Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    19 November 2012

    bila terasa rindu


    Assalammualaikum...

    Bila terasa rindu, apa sahaja yang dibuat semuanya tak kena. Semuanya tidak menjadi. Betul tak? Kalau dah rindu kita akan asyik terbayang-bayangkan si dia. Masa makan kita akan teringatkan dia disamping kita. Waktu tidur pun kita akan terbayangkan akan si dia. Lebih-lebih lagi jika si dia adalah insan yang paling kita sayangi.
    Rindu bila berjauhan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi jika pasangan itu dipisahkan dengan jarak yang jauh. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil melainkan kita sanggup mengabaikan tugasan semata-mata untuk melepaskan rindu. Cinta jarak jauh ini banyak dialami oleh mereka yang bekerja atau pelajar yang bercinta dengan pasangan yang bekerja atau belajar berlainan tempat.
    Atas sebab-sebab ini, mereka terpaksa berkorban demi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Perasaan rindu itu akan lebih menebal sekiranya pasangan itu sudah berkahwin. Lagi-lagi buat mereka yang baru sahaja berkahwin tetapi terpaksa berjauhan kerana urusan kerja ataupun melanjutkan pelajaran di tempat yang lebih jauh.
    Bila rindu apa yang harus kita lakukan? Adakah cara untuk mengubat rindu? Sebenarnya terdapat cara untuk kita mengubat rindu yang terbuku di dalam hati ini. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mengubat rindu.


    Hubungi Orang Yang Dirindui

    Tidak dapat dinafikan hanya mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Secara tak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap berapa kerinduan tersebut. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, video call atau berutus surat. Dengan cara ini perasaan rindu yang ada dalam hati itu dapat diubati.


    Melihat Foto Atau Video Si Dia

    Kalau rindu, tataplah gambar atau video yang kita ambil bersama si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.

    Kunjungi Tempat Yang Pernah Dilewati Bersama

    Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati.

    Memeluk Pakaian Si Dia

    Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai oleh pasangan kita boleh mengubat kerinduan? Sebab itu bila sahaja ibu yang kehilangan orang yang disayanginya dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu. Mungkin dengan memeluk dan cium pakaian orang yang kita sayangi itu, kita dapat merasakan si dia hampir dengan kita.

    Lakukan Persediaan Untuk Dia

    Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Masak pun tak cukup gula, sapu lantai tak cukup licin, buat kerja semua tak menjadi dan sebagainya. Kita akan jadi tidak keruan kerana sentiasa teringatkan si dia.
    Jadi apa kata setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.
    Sebenarnya tidak semua yang kita lakukan seperti diatas ini betul-betul boleh mengubat rindu kita pada si dia. Ikutkan ubat yang betul-betul berkesan untuk mengubat rindu adalah bertemu dengan dia. Hanya itu sahaja yang boleh mengubat rindu. Tetapi jika berjauh batunya jarak dia dengan kita, adalah mustahil untuk kita bertemu dengannya jika kita rindu. Sedikit sebanyak dengan apa yang kita lakukan seperti diatas boleh mengurangkan rindu kita pada si dia.


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    18 November 2012

    pemergian mu terlalu cepat bagi ku

    assalammulaikum


    hye sume.....hari ini saya sedih sgt......sbb kawan saya telah meninggalkan kami sume buat selama-lamanya....orang nye baik.peramah,suke menolong orang....saya x sangka pemergian nya terlalu cepat bagi kami dan saya rase bersalah terhadap nya...kan apa ari 2  waktu dye sakit dye suruh pergi tgk dye...kata nya"pika mai la tengok aku.aku sakit ni x leh nak kuar rumah"saya cakap la 'k esok la aku tengok ang"tengok2 saya terlupe nak tgk dye...lepas tu dye masok hospital dye koma ..saya nak ajak mak ayah saya tgk dye kat hospital...eerrmmm mak saya dok diam je...pastu malam semalam mak saya  bagi tahu yang dye da tak ada da....mase tu terkilan gile hati saya....x tahu  nak buat apa...mungkin pemergian itu ada hikmahnya..saya hanya berdoa semoga roh nye di tempat kan orang2 yang beriman...AL-FATIHAH buat RIQ FARIS...
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    17 November 2012

    AKU HANYA CINTA KAU SEORANG SAYANG


    hanya untuk dia
    tiada yang lain dapat
    mengantikan tempat nya
    di dalam hati ku...hakhakhak  :)




    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    aku penat

    assalammualaikum

    hari ni..hari paling penat yang saya pernah rasa...tadi saya basuh pinggan 100 lebih jugak la orang makan kat surau kampung saya ada orang akad nikah...fuhhh!!penat giler  dah la seorang je basuh....eerrmmm tapi x pe saya tolang kerana ALLAH bukan kerana saya ni nak tunjuk rajin.....korang kalau nak buat sesuatu benda tu buat kerana ALLAH  bukan kerana sape2 k....
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    16 November 2012

    Awak jangan sedih



    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Hidup di dunia

    Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
    Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
    Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
    Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
    Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
    Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
    Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
    Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. 
    Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
    Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Bicara Cinta


    Di hatiku ada cinta 

    Di hati mu bertunas cinta

    Sudikah kau bercinta 

    Kita temukan dua jiwa Kemari 

    cantumkan dua hati menjadi satu .

    Biar perasaan terus merindu 

    Sedang hati sudah berpadu 

    Biar mata ingin bersua

    Walau jiwa sudah bersama

    Biar telinga mahu mendengar 

    Kerana mulut selalu berkata . 

    Kita menulis membelai cinta 

    Membena rasa bahagia

    Jauhi duka derita .

    Sabar menunggu saat bersama .... :)


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    saya jatuh hati kat awak...

    awak.....sebenarnya saya dah jatuh hati kat awak....sbb otak saya gila macam otak awak.....saya sunyi bila awak tak x de...walaupun kite baru je kenal..saya dah suka kan awak x tahu lah kenapa....tapi.....awak suka kat saya tak???? ala awak awak jangan la bezakan saya dengan lelaki lain...manusia rambut je sama tapi hati berlainan...eerrrmmm sejak awak ada ni saya happy sangat....sbb awak awak selalu boom saya...hahahahawalaupun kita x pernah jumpe tapi saya dapat bayang bila awak kat sisi saya...mesti jadi gila..... hahahaha


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    tak akan melayu hilang di dunia!!!


    Aku lihat layu dalam Melayu
    Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
    Ada juga bercadang bertanya tuan punya
    Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
    Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
    Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
    Yang kita sendiri
    Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
    Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

    Aku lihat layu dalam Melayu
    Tanah air kita yang punya
    Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
    Mereka merancang masa menjilat bangsa

    13 harimau bertukar menjadi mangsa
    Kita lupa nenek moyang kaya-raya
    Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

    Ku lihat layu dalam Melayu
    Ku lihat layu dalam Melayu
    Ku lihat layu dalam Melayu

    Takkan Melayu hilang di dunia
    Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
    Kalau kewujudan tidak dirasa
    Petah berbahasa kudrat tak berjasa
    Orang berbudi kita hanya tahu merasa
    Selalu lari bila dirapat
    Selalu malu bila soalan diaju
    Selalu segan memberi pendapat
    Rela mengikut dari meneraju
    Belum nyanyi sudah bersorak
    Suka berjanji dalam borak
    Bukan kata tak ada otak
    Cuma tak berfikir di luar kotak

    Aku jadi sayu
    Bunga menangis dia mendayu
    Mahu jadi cantik tetapi ragu
    Aku merayu
    Bangunlah semula hidup kembali
    Jangan tunggu matahari mati
    Cepatlah mekar sebelum terlerai

    Perjuangan kita belum selesai !!!!!!

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    15 November 2012

    assalammualaikum...
    saya nak ucapkan terima kasih dekat si gadis comel ni. sbb dye tlg saya nak mencantikan lagi blog saya ni maklum la saya kan budak baru nak up kat blog ni.....hihihihi tapi kalau dye tlg saya apa  yang saya nak balas kat dye balik ea????eeerrmmm arr tu kemudian pikir k...  bye selamat malam.  :)


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    budak jalanan

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    setulus manapun cinta kita pada seseorang itu.kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita.sentiasa kita berdoa diberikan insan yang baik buat diri kita. bukanlah pengakhiran cinta itu satu hukuman tetapi hikmah yang diberi oleh Allah,kerana dia lebih mengetahui apa yang lebih baik buat diri kita...:)

    =ingatlah : perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..itulah janjinya.


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

     
    Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen